Lagenda Putera Katak di TV3 mulai 29 November 2010 setiap hari Isnin - Khamis di TV3 pada jam 4.30 petang & TV9 8.30 malam - Episode 1 - 20 (Tamat)


Lagenda Putera Katak di TV3 mengantikan Lagenda Ulek Mayang mulai 29 November 2010 setiap hari Isnin - Khamis di TV3 pada jam 4.30 petang & TV9 8.30 malam

Slot Lagenda baru Putera Katak akan ditayangkan pada 29hb Nov ni selepas habis Ulek Mayang. Pelakon utama dalam drama Putera Katak ialah Nora Danish dan Zizan Nin. Zizan Nin akan jadi Putera Katak dan Nora sebagai heroinnya. Pengarah drama ni ialah Adam Hamid

Sinopsis Putera Katak

Drama alam fantasi dan magis ni menceritakan Putera Amar menemui cinta sejatinya dan halangan dalam membebaskan diri daripada sumpahan.
Putera Amar (Zizan Nin) telah disihirkan oleh kekasihnya, Puteri Zadora (Bia Rameshan) yang kecewa apabila Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberikan ciuman.

Lantas, Putera Amar dibuang ke bumi dan terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya. Amar (katak) dibela oleh Trisha (Nora Danish), seorang pencinta haiwan.
Amar tetap optimis bahawa dia akan menjadi manusia semula kerana cinta suci akan memulihkan dirinya suatu hari nanti.

Lima tahun berlalu, Puteri Zadora sedar bahawa sihir kakaknya, Puteri Ixora (Norseha) telah menghalang Putera Amar untuk kembali menjadi manusia. Maka, Puteri Zadora telah menghantar panglimanya, Zamir (Fazreen Rafi) untuk menjejaki Putera Amar untuk dibawa balik ke planet Zadora.

Zamir berjaya menemui Putera Amar tetapi Amar enggan pulang kerana perbuatan kejam Puteri Zadora masih menghantuinya. Putera Amar yakin bahawa Trisha yang sangat menyayanginya (katak) ialah cinta sejatinya.

Sinopsis:

Putera Idaman memaparkan kisah Putera Amar yang disihir oleh kekasihnya, Puteri Zadora yang kecewa kerana Putera Amar tidak menjelma menjadi manusia walaupun sudah diberi ciuman.Puteri Zadora lalu melontarkannya ke planet bumi, di mana Putera Amar terpaksa menjalani kehidupan sebagai katak selamanya.Di bumi Amar ditangkap oleh seorang pelajar dan pencinta haiwan lalu memeliharanya. Namun putera Amar percaya dia akan menjadi manusia semula dan percaya kewujudan cinta suci akan memulihkan dirinya.

Sila klik di sini untuk mengikuti kisah Drama Lagenda Putera Katak mulai Episode 1 - 20 (Tamat)


Tonton Lagenda Putera Katak: Episode 1 - 20
sumber: http://www.tv9.com.my/

sumber: (Terima kasih dan kredit diberikan kepada
http://www.tv9.com.my/
http://nurizspace.com/
sashafiqa28 Channel
dan semua pihak atas sumber maklumat dan gambar)

No comments:

Post a Comment